Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

19.03.2019 | MMN 2019 : Sambut baik, dukung pertumbuhan e-Sports

​e-Sports merupakan permainan yang kompetitif, terancang di antara pemain profesional, menggunakan platform dalam talian untuk menyampai penyertaan yang ramai secara global. Justeru, ia mempunyai potensi yang sangat baik untuk menjana pendapatan yang tinggi.

 

Difahamkan juga di Negara Brunei Darussalam e-Sports juga mendapat tempat dalam kalangan belia. Terdapat beberapa kumpulan belia telah giat mengikuti kejohanan e-Sports di dalam dan luar negara. Tetapi, bukannya baru-baru ini. Kalau dilihat kepada laporan-laporan yang lepas, semenjak tahun 2011 sudah ada kegiatan e-Sports oleh para belia. Jadi, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sentiasa memberikan galakan kepada pelbagai jenis sukan yang bertapak di negara ini, termasuklah e-Sports.

 

Ini dinyatakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad berkenaan dengan apakah sokongan KKBS untuk membangunkan Pertumbuhan Electronic Sports atau dikenali sebagai e-Sports pada Persidangan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-15, Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari kelapan yang bersidang di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, sesi petang, di sini.

 

Yang Berhormat Menteri seterusnya berkata, di mana kita melihat perkembangan positif dalam penganjuran e-Sports di negara ini oleh pihak swasta dan kalau kita melihat ia sudah dikembangluaskan, sebagai misalan, baru-baru ini semasa Minggu Keusahawanan Belia pada 13 - 15 Mac, antara kegiatan yang dilaksanakan ialah penganjuran e-Sports dan kita sudah melihat ketika Consumer Fair pada 23 - 27 Januari, di Pusat Persidangan Antarabangsa, sementara pada tahun 2018 Expo Cybergames Tournments 2018.

 

Tambah Yang Berhormat Menteri sebagai langkah ke hadapan kita menyokong permohonan industri ini dengan lebih sistematik dan terarah, dan KKBS mengalu-alukan penubuhan persatuan e-Sports yang akan menjadi peneraju kepada pembangunan sukan ini juga difahamkan permohonan telah dibuat bagi menubuhkan satu persatuan Sukan Kebangsaan e-Sports.

 

''Kaola juga ingin mengongsikan, walaupun e-Sports ini belum mendaftar secara rasminya, kita telah pun mendukung sukan e-Sports semasa Kejohanan Hyperplay 2018, ASEAN e-Sports Festival yang diadakan pada 27 Julai hingga 6 Ogos 2018 di Singapura. Kita telah menghantar satu perwakilan seramai lapan atlet ke kejohanan tersebut sebagai wakil Negara Brunei Darussalam di bawah inisiatif ASEAN dan KKBS telah pun memberikan bantuan kewangan bagi perbelanjaan rombongan,'' jelas Yang Berhormat Menteri.

 

Kita ujar Yang Berhormat Menteri, menyambut baik dan kementerian akan mendukung dan membantu pertumbuhan e-Sports dan kalau kita lihat pada Sea Games yang akan datang e-Sports adalah satu yang masuk dalam perlawanan SEA Games dan kita mengharap bahawa e-Sports ataupun sukan ini akan menubuhkan satu persatuan yang mendaftar. Itulah harapan kita.


Laporan : Ak. Jefferi Pg. Durahman / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

Attachments
Created at 3/26/2019 1:59 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 3/26/2019 2:00 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli