Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

19.03.2019 | MMN 2019 : Bantuan perkhidmatan Jurulatih diberikan

​Seni Bela Diri bantuan yang diberikan kepada persatuan-persatuan yang bernaung di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, yang mana pada tahun lepas bantuan kewangan yang telah pun diberikan kepada persatuan sukan kebangsaan berjumlah BND253.846.00.00. Persatuan-persatuan yang di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bolehlah memohon bantuan-bantuan kewangan, khususnya dalam membuat ataupun 'especially sport development' (pembangunan sukan), khususnya dari aspek pembangunan sukan.

 

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin bagi menjawab cadangan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit berhubung dalam soal memberikan peruntukan kepada Persatuan-persatuan Sukan Seni Pertahanan Diri ini, khususnya Shorinji Kempo.

 

Pada Persidangan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-15, Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari kelapan yang bersidang di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Yang Berhormat Menteri turut menjelaskan, di mana pada tahun ini, setiap persatuan-persatuan telah pun dimaklumkan untuk memohon bantuan kewangan berdasarkan kegiatan yang akan dilakukan bagi setiap tahun, apa jua permohonan, termasuklah daripada Persatuan Campo akan kita lihat dan kita pertimbangkan.

 

Yang Berhormat Menteri menjelaskan, apa yang kita hasratkan ialah persatuan-persatuan akan terus melaksanakan kegiatan yang menyasarkan kepada pembinaan sukan, khususnya dari aspek latihan, perlawanan, aktiviti-aktiviti, khususnya dalam meningkatkan lagi apa jua jenis-jenis sukan.

 

''Dalam masa yang sama, bantuan juga diberikan kepada Jurulatih-jurulatih ataupun memberikan perkhidmatan Jurulatih dan kita, alhamdulilah, Campo adalah salah satu persatuan yang telah pun diberikan khidmat Jurulatih di bawah pembayaran daripada KKBS dan insyaaAllah kita akan melihat, jika sekiranya ada rayuan bagi penyambungan perkhidmatan Jurulatih kita menilai rayuan tersebut dengan sebaik-baiknya seperti mana yang diketengahkan oleh Yang Berhormat tadi,'' Ujar Yang Berhormat Menteri.


Sumber : Pelita Brunei - Laporan : Ak. Jefferi Pg. Durahman / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

Attachments
Created at 3/26/2019 1:52 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 3/26/2019 1:53 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli