Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

03.03.2019 | Patriotik kebangsaan semarak patriotsme belia kreatif

​Buat kali ketiga, inisiatif Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) bulan Mac ini, disemarakkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik dari para belia bertemakan "Patriotik Kebangsaan", sempena meraikan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35 (HK35).

 

Seperti yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semasa sambutan HK35 Tahun 2019 bahawa telah terdapat pencapaian dari golongan belia-belia yang menggalakkan di bidang-bidang keusahawanan, ekonomi dan juga kemasyarakatan.

 

Oleh itu, baginda juga mahu melihat agar usaha-usaha seperti ini akan terus dipertingkatkan sehingga para belia mampu untuk beganding bahu bersama kerajaan.

 

Sebagai sebuah platfom penggerak untuk menonjolkan dan mengangkat seni kreatif di kalangan para belia, MMPB telah semakin berjaya dalam mengumpulkan dan memberi peluang kepada belia-belia khasnya dalam aspek seni, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.

 

Antara pengisian aktiviti yang dijalankan malam semalam bagi edisi bulan Mac adalah Fitness by HSN, Fitness, Mobile Recording Studio oleh RMF Production, Jiwaku Patriotik oleh KKBT, pementasan teater "No Change of Colour" oleh Sutera Memento dan persembahan silap mata oleh EyeMistake.BN.

 

Lebih meriah lagi,  MMPB diserikan dengan persembahan dari otai OnAjaBand, Pancaragam  dari Kadet Tentera dan Kadet Polis, aktiviti memanah oleh KKBT, perkhidmatan kecantikan oleh Beauty Academy, Bike Show oleh PEMODA dan maskot oleh Westpark serta petak-petak jualan oleh para belia.

 

Selain menepati sasaran KPI setiap bulan, MMPB, walaupun masih baharu, namun sudah mula mendapat tempat dan perhatian di kalangan anak-anak tempatan untuk bersama menyertai dan menjayakan inisiatif tersebut.

 

Bukan sahaja para belia, malahan di kalangan ahli keluarga dan para ibu bapa juga secara tidak langsung memberikan suntikan semangat dan keyakinan akan pembabitan anak-anak muda mereka dalam usaha MMPB mendorong dan menyokong industri seni kreatif dan keusahawanan.

 

Dengan sambutan dan galakan daripada orang ramai serta penyertaan para belia yang semakin bertambah, MMPB berharap akan dapat mencapai sasaran dan objektif utamanya iaitu dalam memperkembang majukan lagi bakat, kemahiran dan semangat berdaya saing di kalangan para belia selaras dengan gagasan negara dalam melahirkan generasi berwawasan.


Attachments
Created at 3/7/2019 12:20 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 3/7/2019 12:20 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli