Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

01.03.2019 | 22 pelajar JENESYS terpilih sertai Program Pertukaran

Seramai 22 pelajar di bawah Program Pertukaran Rangkaian Pelajar dan Belia Jepun - Asia Timur (JENESYS) 2018 terpilih untuk dihantar ke Jepun bagi menyertai Program Pertukaran Komunikasi Bahasa Jepun dan Budaya Jepun bermula 5 hingga 12 Mac.

 

Sehubungan itu, satu majlis diadakan di Kedutaan Jepun, Kampung Kiulap bagi meraikan para peserta berkenaan.

 

Pada majlis itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke negara ini, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato dalam ucapannya antara lain mengucapkan tahniah dan memberi kata-kata nasihat kepada para peserta yang terpilih.

 

Sementara itu, Ketua Belia, Awang Abdul Walid bin Misli ketika berucap menjelaskan bahawa mereka berharap akan dapat mempelajari budaya, sejarah, masyarakat, sistem, teknologi dan inovasi, dan ekonomi Jepun melalui program berkenaan.

 

Menurutnya, mereka juga ingin menyumbang dan mengongsikan perspektif Brunei bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dan bekerjasama dalam penyelesaian masalah.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Program pertukaran bertujuan bagi mempromosikan kepercayaan dan kesefahaman bersama melalui pengalaman kebudayaan dan pelbagai aktiviti termasuk pertukaran sekolah, lawatan ke tapak bersejarah dan program 'homestay'.

 

Jenesys 2018 adalah program pertukaran di antara Jepun dan negara-negara di rantau Asia Pasifik bagi membolehkan belia-belia menyaksikan sendiri ciri-ciri budaya, ekonomi dan teknologi Jepun untuk memahami kepentingannya bagi negara ini.


Berita dan Foto : Marlinawaty Hussin

Attachments
Created at 3/7/2019 12:12 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 3/7/2019 12:12 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli