Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

14.01.2026 | Majlis Selamat Belayar Bagi Delegasi Negara Brunei Darussalam ke Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara Dan Jepun ke-49 2025 (SSEAYP 49)

1_JBS_Belayar-KAPALBELIA.jpg2_JBS_Belayar-KAPALBELIA.jpg3_JBS_Belayar-KAPALBELIA.jpg4_JBS_Belayar-KAPALBELIA.jpg5_JBS_Belayar-KAPALBELIA.jpg6_JBS_Belayar-KAPALBELIA.jpg7_JBS_Belayar-KAPALBELIA.jpg8_JBS_Belayar-KAPALBELIA.jpg9_JBS_Belayar-KAPALBELIA.jpg10_JBS_Belayar-KAPALBELIA.jpg

Delegasi Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada 16 orang belia dan seorang Ketua Delegasi (National Leader) telah berlepas ke Tokyo, Jepun bagi menyertai Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun ke-49 (SSEAYP 49) hari ini.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan.

Terdahulu sebelum itu, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat telah dibacakan oleh Yang Mulia Md Hazwan Nizam bin Ibrahim, Ketua Bahagian Agama, Delegasi Negara Brunei Darussalam ke SSEAYP 49, diikuti dengan ucapan ringkas serta kata-kata semangat dan nasihat daripada Pemangku Pengarah Belia dan Sukan kepada delegasi negara dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai sebelum mereka berlepas.

Delegasi negara diketuai oleh Yang Mulia Ibrahim bin Haji Sabli, Penolong Penyelia Pusat Belia.

Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun telah dilancarkan pada 1974 sebagai program pertukaran belia antarabangsa khusus bagi Jepun dan negara anggota ASEAN, berdasarkan Penyata Bersama (Joint Statement) masing-masing yang dikeluarkan antara Jepun dan negara anggota ASEAN. Matlamat program adalah untuk menggalakkan persahabatan dan persefahaman bersama di kalangan belia Jepun dan negara-negara Asia Tenggara, disamping untuk meluaskan perspektif mereka tentang dunia, dan seterusnya, untuk mengukuhkan semangat kerjasama antarabangsa dan kemahiran praktikal mereka untuk kerjasama antarabangsa.

Penyertaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini merupakan kali ke-37 sejak penyertaan rasmi negara pada tahun 1985. Program akan bermula pada 15 Januari hingga 17 Februari 2026, selama 34 hari, bersama 181 orang belia daripada 11 buah negara dengan menggunakan Kapal Nippon Maru, dan akan singgah ke beberapa buah negara yang telah dipilih iaitu Singapura dan berakhir di Thailand.
Attachments
Created at 1/15/2026 11:45 PM by  
Last modified at 1/15/2026 11:45 PM by