








Negara Brunei Darussalam terdiri daripada Chef de Mission, Assistant Chef de Mission, Pegawai Urus Setia dan sebahagian pasukan Polo telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas berada di Bangkok, Thailand bagi mengikuti kejohanan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-33 2025.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad Yaardy bin Haji Abd Karim, diikuti dengan ucapan tahniah kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Jumlah kutipan pingat keseluruhan bagi kontinjen negara ialah 1 emas, 3 perak, dan 5 gangsa
Kontinjen Negara Brunei Darussalam telah di ketuai oleh Chef de Mission, Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti
Haji Abd Karim, Pengarah Belia dan Sukan.