










Kontinjen Negara Brunei Darussalam seramai 31 orang
yang terdiri daripada Pasukan Sepak Takraw, Pasukan Bola Jaring, Pegawai Urus Setia dan Medik telah kembali ke
Negara Brunei Darussalam selepas berada di Bangkok, Thailand bagi mengikuti kejohanan Sukan Asia Tenggara (Sukan
SEA) Ke-33 2025.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya
mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin
Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Kamarul Arifin
bin Mohamad Harif, diikuti dengan ucapan tahniah kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan
sesi bergambar ramai.
Pasukan Sepak Takraw negara berjaya meraih pingat gangsa melalui acara Men’s Hoop terdiri daripada Yang Mulia
52692 LSM Muhammad Abdul Marteen bin Haji Asdi, Yang Mulia ABKD 1075 Abdul Hadi Ariffin bin Haji Matali, Yang
Mulia ABKD 1288 Mohd Hafizuddin bin Jamaludin, Yang Mulia PC 6244 Md Azri bin Abd Harith, Yang Mulia L/Cpl 6109
Abdul Muiz bin Haji Nordin dan Yang Mulia SLD 54172 Ak Mohammad Hisyam bin Pg Hassan.