





Kontinjen Negara Brunei Darussalam seramai 11 orang yang terdiri daripada Pasukan Karate telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas berada di Bangkok, Thailand bagi mengikuti kejohanan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-33 2025.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Shahram bin Haji Abd Rahman, diikuti dengan ucapan tahniah kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Atlet Karate negara berjaya meraih dua (2) pingat gangsa melalui Yang Mulia Awangku Ahmad Munib Aiman bin Pengiran Haji Md Hasimudin dalam acara Mens Kumite -55kg dan Yang Mulia 55996 SLD (U) Muhammad Harith bin Dahlan bagi acara Mens Kumite -60kg.