Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

12.12.2025 | Upacara Selamat Belayar Rombongan Ke-4 Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA ke-33 2025, Bangkok, Thailand

1_JBS_SEAGamesBelayarP4.jpg2_JBS_SEAGamesBelayarP4.jpg3_JBS_SEAGamesBelayarP4.jpg4_JBS_SEAGamesBelayarP4.jpg

6_JBS_SEAGamesBelayarP4.jpg5_JBS_SEAGamesBelayarP4.jpg7_JBS_SEAGamesBelayarP4.jpg

Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-33 2025 yang berlangsung di Bangkok dan Chonburi, Thailand telah bermula pada 9 hingga 20 Disember 2025.

Bagi rombongan keempat dan terakhir ini, Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada pasukan renang seramai lima orang iaitu empat orang atlet dan seorang Jurulatih telah berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menyertai kejohanan tersebut.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan seterusnya memberikan kata-kata nasihat ialah Yang Mulia Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan, Persatuan Renang Brunei Darussalam dan keluarga atlet.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Shahram bin Haji Abd Rahman, diikuti dengan ucapan nasihat kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Atlet-atlet Renang negara akan mula bertanding pada 14 Disember 2025 bertempat di Swimming Pool, Sports Authority of Thailand, Bangkok.
Attachments
Created at 12/13/2025 8:01 PM by  
Last modified at 12/13/2025 8:32 PM by