



6th Islamic Solidarity Games 2025 melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan
Rasmi yang berlangsung di Stadium, Universiti Puteri Nourah binti Abdulrahman di
bawah naungan HRH Prince Abdulaziz bin Turki Al-Faisal, Menteri Sukan Saudi
Arabia dan President Islamic Solidarity Sports Association (ISSA).
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja
Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara
Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Penutupan Rasmi
yang dimulai dengan perarakan bendera.