



Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat untuk menyaksikan Pertandingan Sukan Lawan Pedang di Boulevard 01C yang melibatkan atlet negara iaitu Awang Muhammad Haziq bin Asahrin dalam acara Men’s Individual Sabre.
Kategori Men’s Individual Sabre telah disertai oleh 22 atlet dari 12 buah negara iaitu, Algeria, Arab Saudi, Azebaijan, Indonesia, Iran, Kuwait, Niger, Pakistan, Tunisia, Turkiye, Uzbekistan, dan Negara Brunei Darussalam. Dalam pusingan awal, para atlet telah dibahagikan kepada empat (4) pool.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah telah dijunjung oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun bin Haji Junid.
Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan mengurniakan sabda nasihat dan kata-kata motivasi kepada para atlet sukan Lawan Pedang negara.
Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan bergambar ramai bersama atlet sukan lawan pedang negara dan jurulatih sukan lawan pedang.