



Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyaksikan Pertandingan Sukan Lawan Pedang di Boulevard 01C yang melibatkan atlet negara iaitu Dayang Hajah Anis Sabrina binti Haji Yahya dalam acara Women’s Individual Sabre.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah telah dijunjung oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun bin Haji Junid.
Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan mengurniakan sabda nasihat dan kata-kata motivasi kepada para atlet sukan Lawan Pedang negara.
Duli Yang Teramat Mulia kemudian berkenan bergambar ramai bersama pasukan sukan lawan pedang negara dan Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun bin Haji Junid.
Dayang Hajah Anis Sabrina melawan Nil Gungor atlet dari Republik Turkiye dalam pusingan Round 16 dengan mengutip 8 mata berbalas 15.
Kategori Women's Individual Sabre telah diikuti oleh 12 atlet dari tujuh buah negara iaitu, Algeria, Azebaijan, Uzbekistan, Republik Indonesia, Republik Turkiye, Cameroon, dan Negara Brunei Darussalam serta dibahagikan kepada dua 'pool'.