





Sukan Perpaduan Islam Ke-6 2025 yang dijadual berlangsung di Riyadh, Arab Saudi akan bermula pada 07 hingga 21 November 2025.
Seramai 6 orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada 3 orang atlet sukan angkat berat dan 3 orang pegawai termasuk Chef de Mission, Pegawai Urus Setia dan Jurulatih telah berlepas ke Riyadh, Arab Saudi bagi menyertai kejohanan tersebut.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan ucapan serta kata-kata semangat ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Shahram bin Haji Abd Rahman, diikuti dengan ucapan kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
5. Kontinjen Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Chef de Mission, Yang Mulia Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan.
Negara Brunei Darussalam akan menyertai sebanyak 3 acara sukan iaitu angkat berat, karate dan lawan pedang.
Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan serta para ibu-bapa dan penjaga.