Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

26.10.2025 | ASEAN Sports Day 2025 di Kompleks Sukan Temburong

1_JBS_ASEANSPORTSDAY.png2_JBS_ASEANSPORTSDAY.png3_JBS_ASEANSPORTSDAY.png4_JBS_ASEANSPORTSDAY.png5_JBS_ASEANSPORTSDAY.png
6_JBS_ASEANSPORTSDAY.png7_JBS_ASEANSPORTSDAY.png8_JBS_ASEANSPORTSDAY.png9_JBS_ASEANSPORTSDAY.png10_JBS_ASEANSPORTSDAY.png11_JBS_ASEANSPORTSDAY.png12_JBS_ASEANSPORTSDAY.png13_JBS_ASEANSPORTSDAY.png14_JBS_ASEANSPORTSDAY.png16_JBS_ASEANSPORTSDAY.png
15_JBS_ASEANSPORTSDAY.png
17_JBS_ASEANSPORTSDAY.png18_JBS_ASEANSPORTSDAY.png19_JBS_ASEANSPORTSDAY.png20_JBS_ASEANSPORTSDAY.png21_JBS_ASEANSPORTSDAY.png22_JBS_ASEANSPORTSDAY.png23_JBS_ASEANSPORTSDAY.png24_JBS_ASEANSPORTSDAY.png25_JBS_ASEANSPORTSDAY.png26_JBS_ASEANSPORTSDAY.png27_JBS_ASEANSPORTSDAY.png28_JBS_ASEANSPORTSDAY.png29_JBS_ASEANSPORTSDAY.png30_JBS_ASEANSPORTSDAY.png

Sempena Sambutan Hari ASEAN Ke-58 tahun, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (KHELN), Kedutaan-Kedutaan Besar dan Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Negara-Negara ASEAN di Negara Brunei Darussalam, serta Jabatan Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, telah menganjurkan Hari Sukan ASEAN 2025 di Kompleks Sukan Temburong hari ini, dengan tema “Sukan, Warisan dan Perpaduan”.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Hadir sama ialah ketua-ketua perwakilan ASEAN dan Timor Leste di Brunei Darusalam; Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian KKBS, dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan.  Hadir sama Setiausaha dan Timbalan Setiausaha Tetap dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.​

Acara dimulakan dengan doa dan acara perasmian oleh Tetamu Kehormat Majlis, pemanasan badan dan senamrobik, diikuti dengan acara walkaton beramai-ramai sejauh 1.2-kilometer yang turut disertai oleh tetamu kehormat. 

Antara aktiviti yang turut diketengahkan pada Hari Sukan ASEAN berkenaan ialah perlawanan bola jaring, perlawanan bola sepak enam orang sepasukan, tarik kalat terbuka lelaki. Acara berkenaan juga menyaksikan beberapa pertunjukan permainan tradisional dari Majlis Perundingan Mukim dan Kampong dari Daerah Temburong seperti Selipar Panjang dan Sugang serta pameran makanan tradisi dari negara-negara ASEAN dan Timor Leste. 

Seramai empat (4) pasukan telah mengikuti perlawanan bola sepak enam orang sepasukan iaitu Pasukan KKBS, Pasukan KHELN, Pasukan Jabatan Daerah Temburong, dan Pasukan ASEAN dan Timor Leste. Sementara tiga (3) pasukan telah menyertai perlawanan bola jaring terdiri daripada Pasukan KKBS, Pasukan KHELN, dan Pasukan Jabatan Daerah Temburong. Acara diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah bagi perlawanan bola jaring, bola sepak, dan tarik kalat serta cabutan bertuah. 

ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dan Hari Sukan ASEAN diraikan dengan tujuan untuk mengeratkan persahabatan dan memupuk perpaduan; persefahaman dan kerjasama dalam kalangan masyarakat ASEAN. 

Hari Sukan ASEAN berkenaan merupakan komitmen semua negara ahli ASEAN yang telah dipersetujui semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Sukan ASEAN sebagai salah satu program tahunan di bawah Pelan Kerja ASEAN dalam Sektor Sukan. Acara ini juga mencerminkan komitmen Negara Brunei Darussalam kepada ASEAN melalui keamanan, keharmonian, dan pembangunan komuniti yang inklusif melalui platform sukan dan budaya. 

Kehadiran orang ramai termasuk komuniti ASEAN di Negara Brunei Darussalam telah memeriahkan sambutan Hari Sukan ASEAN pada tahun ini dengan semangat kesukanan, persefahaman budaya, dan perpaduan serantau. Hari Sukan ASEAN pada tahun ini merupakan kali keempat ianya diadakan dan buat kali pertama diadakan di Daerah Temburong.
Attachments
Created at 10/29/2025 3:54 PM by  
Last modified at 10/29/2025 3:57 PM by