

Pasukan Lumba Perahu Kebangsaan yang akan menyertai Sarawak International Dragon Boat Regatta (24th - 26th October 2025) dan Sarawak Regatta (31st October - 2nd November 2025) telah menerima dua set baju pertandingan sumbangan Royal Brunei Airlines Sdn Bhd. Hadir menerima sumbangan berkenaan ialah Yang Dipertua Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei, Awang Haji Haris bin Haji Ibrahim dan Ilyas Rory Teo, VP Government & International Relations RB.