Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

20.10.2025 | Upacara Selamat Belayar Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Belia Asia Ke-3 2025, Manama, Bahrain

1_JBS_UpacaraBelayarAYGBahrain.png2_JBS_UpacaraBelayarAYGBahrain.png3_JBS_UpacaraBelayarAYGBahrain.png4_JBS_UpacaraBelayarAYGBahrain.png5_JBS_UpacaraBelayarAYGBahrain.png6_JBS_UpacaraBelayarAYGBahrain.png7_JBS_UpacaraBelayarAYGBahrain.png8_JBS_UpacaraBelayarAYGBahrain.png

Sukan Belia Asia Ke-3 2025 yang dijadual berlangsung di Manama, Bahrain akan bermula pada 22 hingga 31 Oktober 2025.  

Seramai 11 orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada 5 orang atlet dan 6 orang pegawai termasuk Chef de Mission, Ketua Urus Setia, Pegawai Safeguarding/Pegawai Urus Setia, Pengurus dan Jurulatih telah berlepas ke Manama, Bahrain bagi menyertai kejohanan tersebut. 

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan ucapan serta kata-kata semangat ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad Yaardy bin Haji Abdul Karim, Pegawai Penganalisa di Jabatan Belia dan Sukan, diikuti dengan ucapan kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai. 

Kontinjen Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Chef de Mission, Yang Mulia Dayang Noorfairuzah Hani binti Haji Mohamad @ Haji Zaini. 

Negara Brunei Darussalam akan menyertai sebanyak 2 acara sukan iaitu Akuatik (Renang) dan Golf. 

Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan serta para ibu-bapa dan penjaga.

Attachments
Created at 10/22/2025 10:32 AM by  
Last modified at 10/22/2025 10:32 AM by