Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

30.07.2025 | Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja

JBS_1_MajlisMembacaYaasindanTahlilHBK20 (1).pngJBS_2_MajlisMembacaYaasindanTahlilHBK20 (1).pngJBS_3_MajlisMembacaYaasindanTahlilHBK20 (1).pngJBS_4_MajlisMembacaYaasindanTahlilHBK20 (1).pngJBS_5_MajlisMembacaYaasindanTahlilHBK20 (1).pngJBS_6_MajlisMembacaYaasindanTahlilHBK20 (1).pngJBS_7_MajlisMembacaYaasindanTahlilHBK20 (1).pngJBS_8_MajlisMembacaYaasindanTahlilHBK20 (1).png

Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-20, Tahun 2025 telah diadakan pada hari ini bertempat di Kubah Makam Diraja.

Hadir mengetuai rombongan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Yang Mulia Awang Zainal Mustapa bin Jaluddin, Johan Qari Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1446/2025.

Hadir sama ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-20; Pengarah-Pengarah Bahagian dan Jabatan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya; Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan; Pasukan-Pasukan Belia Berunifom; Institusi-Institusi Pengajian Tinggi dan Menengah; Belia-Belia Masjid, serta pihak-pihak yang berkepentingan yang lain.

Hari Belia Kebangsaan merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap pergerakan belia di negara ini yang lazimnya disambut pada setiap 1 Ogos dengan pengisian pelbagai aktiviti sampingan termasuk aktiviti keugamaan. Selain itu, Hari Belia Kebangsaan juga merupakan wadah kepada para belia untuk mengadakan perjumpaan khusus bagi menghargai sumbangan dalam pembangunan belia sebagai sokongan kepada usaha dan inisiatif Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sentiasa memberikan perhatian yang penuh melalui penyediaan berterusan program-program pembangunan kapasiti, kemudahan-kemudahan prasarana, infrastruktur dan bantuan fisikal dan fiskal.


Attachments
Created at 7/31/2025 10:41 AM by  
Last modified at 7/31/2025 10:41 AM by