Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

17.06.2025 | Majlis Pembukaan Rasmi 12th South East Asian Karate Federation Karate Championship 2025 Negara Brunei Darussalam

JBS_12thSEAKarateFederationOpeningCeremony0.pngJBS_12thSEAKarateFederationOpeningCeremony2.png 

JBS_12thSEAKarateFederationOpeningCeremony3.pngJBS_12thSEAKarateFederationOpeningCeremony1.pngJBS_12thSEAKarateFederationOpeningCeremony4.pngJBS_12thSEAKarateFederationOpeningCeremony5.pngJBS_12thSEAKarateFederationOpeningCeremony6.pngPersekutuan Karate Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Persekutuan Karate Asia Tenggara (SEAKF) Ke-12 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

Sehubungan itu, hadir selaku tetamu kehormat dan melancarkan kejohanan tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Penganjuran SEAKF buat kali ke-12 buat julung kalinya telah berjaya menghimpunkan lebih 400 atlet daripada 10 Negara Asia Tenggara.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Negara Brunei Darussalam (NBD) disertai seramai 56 atlet; Viet Nam seramai 83 atlet; Republik Indonesia seramai 73 atlet; Thailand seramai 57 atlet; Malaysia seramai 57 atlet; Republik Filipina seramai 54 atlet; Kemboja seramai 23 atlet; Republik Singapura seramai dua atlet; Manakala tujuh atlet dari Timor-Leste; dan Republik Demokratik Rakyat Lao pula disertai oleh tiga atlet.

Kejohanan tersebut diadakan selama tiga hari bermula hari ini dan orang ramai adalah dialu-alukan bagi menyaksikan kejohanan berkenaan kerana kemasukan adalah percuma.

Tujuan utama SEAKF mengadakan kejohanan kali ini adalah untuk mempromosikan dan membangunkan sukan karate di rantau Asia Tenggara. Ini termasuk menganjurkan pertandingan serantau seperti Kejohanan SEAKF, serta memupuk kerjasama dan komunikasi dalam kalangan persekutuan ahli.

Selain itu, SEAKF berhasrat untuk meningkatkan populariti karate dan menyokong pertumbuhannya di rantau ini.

Kejohanan mempertandingkan kedua-dua Acara Kata dan Kumite yang merentasi pelbagai peringkat umur dan bahagian dari Kadet 14 hingga 15 tahun, Junior 16 hingga 17 tahun, U21 dan Kategori Senior.

Selain perlawanan, acara ini menampilkan karnival vendor yang meriah di kawasan letak kereta Stadium Tertutup dengan lebih 100 gerai tempatan yang menawarkan makanan, minuman, hiburan dan aktiviti untuk semua peringkat umur. Gerai tersebut dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam sehingga 19 Jun ini.

Attachments
Created at 6/18/2025 2:52 PM by  
Last modified at 6/18/2025 2:52 PM by