![DOA2024 brunei muara p1.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p1.png)
![DOA2024 brunei muara p2.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p2.png)
![DOA2024 brunei muara p3.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p3.png)
![DOA2024 brunei muara p4.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p4.png)
![DOA2024 brunei muara p5.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p5.png)
![DOA2024 brunei muara p6.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p6.png)
![DOA2024 brunei muara p7.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p7.png)
![DOA2024 brunei muara p8.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p8.png)
![DOA2024 brunei muara p9.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p9.png)
![DOA2024 brunei muara p10.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p10.png)
![DOA2024 brunei muara p11.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p11.png)
![DOA2024 brunei muara p12.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p12.png)
![DOA2024 brunei muara p13.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p13.png)
![DOA2024 brunei muara p14.png](/PublishingImages/Lists/News/AllItems/DOA2024%20brunei%20muara%20p14.png)
BRUNEI DAN MUARA, Ahad, 6 Jamadilakhir 1446/8 Disember 2024. - Aktiviti Kempen Hari Bertindak di Daerah Brunei dan Muara bermula di Masjid Kampong Lambak. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS serta pegawai-pegawai kanan KKBS. Aturcara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Awang Mohammad bin Haji Bagol, Pegawai Hal Ehwal Masjid selaku Imam Masjid Kampong Lambak, dan diikuti dengan tazkirah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang, Pegawai Perkembangan Ugama dari Pusat Da'wah Islamiah.
Majlis diselajurkan dengan penyerahan telekong yang telah dibersihkan serta peralatan dan keperluan masjid anjuran Persatuan Perbekal dan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Imam Masjid Kampong Lambak. Aktiviti diteruskan lagi dengan acara senamrobik dan berjalan pantas, menanam pokok kenangan dan kempen kebersihan kawasan persekitaran masjid. Aktiviti seterusnya diadakan di Dewan Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampong Setia iaitu Majlis Kembali Ke Sekolah Bersama UNISSA anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).