Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

06.12.2024 | Upacara Menyambut Kepulangan Kontinjen Negara Brunei Darussalam Dari Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-11, Puerto Princesa, Republik Filipina 2024

​​upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p1.png

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p2.png

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p3.png

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p4.png

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p5.png

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p6.png

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p7.png

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p8.png 

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p9.png

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p10.png

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p11.png

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p12.png

upacara menyambul pulang bimp-eaga 2024 p13.png

BERAKAS, Jumaat, 4 Jamadilakhir 1446/6 Disember 2024. – Kontinjen Negara Brunei Darussalam seramai 53 orang yang terdiri daripada Chef de Mission, Ketua Urus Setia, Pegawai Urus Setia, Pegawai Perhubungan, Fisioterapi, Pengurus, Jurulatih dan Atlet-Atlet Sukan Akuatik (Renang), Badminton, Karate, Olahraga, Pencak Silat dan Sepak Takraw telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas berada di Puerto Princesa, Republik Filipina bagi mengikuti kejohanan Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-11.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) selaku menjalankan tugas Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pasukan Pencak Silat berjaya membawa pulang tiga (3) pingat emas dan satu (1) pingat perak melalui Nur Afifah Shaheqah binti Masli dalam acara Tunggal Wanita; Muhd Shafiq bin Sufri, Awangku Muhd Azhar Nasrullah bin Pengiran Haji Yasrizam Ayub dan Muhammad Hadi Arfan bin Haji Zulkifli bagi acara Regu Lelaki; Nursyahindah binti Saiful Rizal, Nursyahirah Mawaddah binti Lutfi dan Nursyarafana binti Saiful Rizal dalam acara Regu Wanita; dan Mohamad Iskandar bin Mohamad Hasan bagi acara Tunggal Lelaki.

Atlet sukan Karate meraih satu (1) pingat perak dan dua (2) pingat gangsa melalui acara Team Kata Lelaki terdiri daripada Farhin Idlan bin Mohd Shamrin, Muhd Iqbal bin Asnan dan Muhd Syahmi Zaffran bin Bakar; Sa'datul Hayat binti Dr Abdul Nasir dalam acara Kata Individu Wanita; dan Muhd Bazly Syukry bin Mohd Yussof bagi acara Kata Individu Lelaki.

Pasukan Badminton telah memenangi empat (4) pingat gangsa melalui Muhammad Talipuddin bin Ermadena dalam acara Single Lelaki; Mohammad Haziq bin Roze dan Muhd Izzuddin bin Ermadena dalam acara Double Lelaki; Nurul Asyiqin Mu'izzah binti Mohd Suhud dan Rachel Pong Xue Ting bagi acara Double Wanita; dan Mohammad Hakem Rahimiee bin Bakar dan Amal Norsyazawanah binti Airwan bagi acara Mixed Double.

Atlet sukan Olahraga telah berjaya meraih satu (1) pingat gangsa melalui Kasyful Asymawi bin Haji Khairul Arifin dalam acara 800 Meter Lelaki.

Manakala atlet sukan Sepak Takraw pula berjaya meraih satu (1) pingat gangsa melalui acara Regu Lelaki terdiri daripada Muhammad Asllyi bin Haji Asmali, Muhammad Asyraf bin Abdullah Mohamad Asrul, Mohammad Faiz Fikri bin Haji Lamit, Abdul Raziq Waqiuddin bin Abdul Rahman dan Muhammad Noramirul Alam bin Hassaidi.

Jumlah kutipan pingat bagi Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-11 edisi tahun ini adalah sebanyak tiga (3) pingat emas, dua (2) pingat perak dan lapan (8) pingat gangsa yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak 13 pingat.​

Attachments
Created at 12/7/2024 8:29 AM by  
Last modified at 12/7/2024 8:29 AM by