Seramai 22 peserta telah mengikuti Refresher's
Course bagi Pegawai Teknikal yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah,
hari ini.
Pemudah cara bagi kursus tersebut ialah Yang Mulia Awang Ramlan bin Haji Mohd Said, Setiausaha Agung
Persatuan Sepak Takraw Brunei Darussalam (PESTABARU). Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Haji
Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan. Aturcara terlebih dahulu dimulakan
dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan ringkas daripada Yang Mulia Pengiran Haji Ali Hassan
bin Pengiran Dato Seri Laila Jasa Haji Abas, Presiden PESTABARU.
Refresher's Course bagi Pegawai Teknikal yang diadakan kali ini merupakan persiapan jawatankuasa bagi
Penganjuran Liga Super Sepak Takraw TAIB 2024 yang akan diadakan enam (6) minggu berturut-turut bermula
pada hari Ahad, 27 Oktober 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Sungai Kebun. Perlawanan
seterusnya akan diteruskan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tutong pada hari Ahad iaitu pada 03 dan 10
November 2024. Bagi perlawanan minggu ke empat (4) akan berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan
Sungai Kebun iaitu pada 17 November 2024. Manakala perlawanan pusingan suku-akhir dan separuh akhir akan
diadakan pada 22 November 2024 bertempat Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Perlawanan akhir bagi LSST 2024 juga akan berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal
Bolkiah hingga Ahad, 24 November 2024.
Liga Super Sepak Takraw TAIB 2024 merupakan anjuran kali kedua Persatuan Sepak Takraw Brunei Darussalam
(PESTABARU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan
Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) selaku penaja utama liga.