Sesi Dialog bersama Jabatan Belia dan Sukan dimulakan dengan lawatan dan penerangan beberapa bahagian iaitu Pusat Perubatan dan Penyelidikan Sains Sukan, Hab Belia dan Galeri Sukan.
Seterusnya, selesai lawatan, sesi dialog antara Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Jabatan Belia dan Sukan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat.
Seterusnya, majlis disusuli dengan ucapan alu-aluan dari Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan, menyentuh mengenai usaha-usaha dan pencapaian sektor kesukanan, dan melalui sesi dialog seumpama ini juga, nasihat, teguran dan pandangan yang berharga daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh menjadi panduan untuk memperbaiki dan memperkukuhkan lagi program-program yang berimpak positif dan tinggi untuk mencapai matlamat dan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Sesi Dialog diikuti dengan sesi perbincangan dan soal-jawab.
Sesi Dialog dan Lawatan Kerja dari pada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ini setentunya menjadi wadah pendekatan dan perkongsian fikiran yang bermanfaat kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam menambah mutu perkhidmatan bagi sektor-sektor utama di bawah kementerian ini.