13 Oktober 2024 – Jabatan Belia dan Sukan telah menganjurkan Pertandingan Seni Ilustrasi Digital dan Tradisional Peringkat Belia tahun 2024 bersempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-19, Tahun 2024 selama sehari pada 13 Oktober 2024 bertempat di Hab Belia, Stadium Negara Hassanal Bolkiah bertemakan "Belia Siaga Masa Depan". Program ini dikendalikan oleh enam orang Mahasiswa/i yang sedang menjalani program penempatan kerja di Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan sebagai pendedahan awal menuju kepada pengalaman pekerjaan sebenar.
Sebanyak 17 peserta yang berumur di antara 15-35 tahun telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan dibahagilan kepada dua kategori: Kategori Seni Ilustrasi Digital dengan 9 orang peserta dan Seni Ilustrasi Tradisional dengan 8 orang peserta. Pertandingan ini bertujuan untuk mengembangkan bakat belia dalam bidang seni serta memperkasakan kreativiti mereka melalui penggunaan teknologi moden dan medium tradisional.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pemenang-pemenang dan hakim-hakim ialah Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan. Johan bagi kategori Seni Ilustrasi Digital membawa pulang wang tunai sebanyak $200.00 dan sijil, Naib Johan membawa pulang sebanyak $150.00 dan sijil, Tempat Ketiga menerima hadiah wang tunai sebanyak $100.00 dan sijil. Bagi Kategori Seni Ilustrasi Tradisional, Johan membawa pulang wang tunai sebanyak $250.00 dan sijil, Naib Johan membawa pulang wang tunai $200.00 dan sijil, tempat ketiga menerima wang tunai $150.00 dan sijil.
Pemenang-pemenang juga akan berpeluang mempamerkan karya masing-masing di ruang galeri Creative Space and Studio.
Pertandingan ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri belia dalam menghasilkan karya yang menggambarkan aspirasi mereka terhadap masa depan Negara Brunei Darussalam