Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

19.05.2024 | MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA KEBANGSAAN 1445/2024 PERINGKAT SEPARUH AKHIR

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 11 Zulkaedah 1445/19 Mei 2024. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Peringkat Separuh Akhir Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1445/2024 bertempat di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.

Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Mulia Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan selaku Pengerusi Majlis dan diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta musabaqah peringkat separuh akhir yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis diselajurkan dengan pengumuman keputusan musabaqah yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusof selaku Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Hakim Peringkat Separuh Akhir. Manakala doa penutup telah dibacakan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Ali Noh bin Haji Masri.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan); Yang Mulia Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan selaku Pengerusi Majlis; Yang Mulia Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan; serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1445/2024 Peringkat Akhir akan diadakan pada hari Khamis, 28 Zulkaedah 1445 bersamaan 6 Jun 2024 bertempat di Dewan Digadong, Bangunan KKBS.

Seramai 68 peserta iaitu 45 qari dan 23 qariah telah pun bertanding di peringkat saringan pada 8 hingga 10 Mei 2024 yang lalu. Sementara seramai 30 peserta iaitu 23 qari dan 7 qariah telah bertanding di peringkat separuh akhir.

Manakala seramai 10 peserta iaitu 5 qari dan 5 qariah termasuk Johan Menunggu Qari dan Qariah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 2023 akan bertanding di peringkat akhir nanti.

Orang ramai terutamanya para belia boleh menyaksikan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1445/2024 Peringkat Akhir nanti secara langsung melalui akaun rasmi Facebook Jabatan Belia dan Sukan dan Instagram @jbs.bn.‚Äč

MTQBK pseparuh akhir p1.pngMTQBK pseparuh akhir p2.pngMTQBK pseparuh akhir p3.pngMTQBK pseparuh akhir p4.pngMTQBK pseparuh akhir p5.pngMTQBK pseparuh akhir p6.pngMTQBK pseparuh akhir p7.pngMTQBK pseparuh akhir p8.pngMTQBK pseparuh akhir p9.pngMTQBK pseparuh akhir p10.png

Attachments
Created at 5/22/2024 8:30 AM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 5/25/2024 3:38 PM by Susieyanti Hamdi