Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Penutupan Kompleks-Kompleks Sukan Sempena Memperingati Nuzul Al-Quran 1445H/2024M

Penutupan Kompleks-kompleks sukan nuzul quran 2024.png

​Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa penggunaan padang-padang, dewan sukan, kolam-kolam renang, gelanggang sukan luar dan kemudahan-kemudahan sukan di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan akan ditutup pada hari Khamis, 17 Ramadhan 1445H / 28 Mac 2024M sempena Memperingati Nuzul Al-Quran 1445H/2024M.

Manakala penggunaan padang-padang, dewan sukan, kolam-kolam renang, gelanggang sukan luar dan kemudahan-kemudahan sukan di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan akan ditutup awal pada hari Rabu, 16 Ramadhan 1445H / 27 Mac 2024 pukul 5.00 petang bagi menghormati Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Bagi Tahun 1445H/2024M.

Penggunaan padang-padang, dewan sukan, kolam-kolam renang, gelanggang sukan luar dan kemudahan-kemudahan sukan di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan akan dibuka semula seperti biasa pada hari Jumaat, 18 Ramadhan 1445H / 29 Mac 2024M.​

Attachments
Created at 3/27/2024 1:44 PM by Susieyanti Hamdi
Last modified at 4/3/2024 9:57 AM by Roslinawati Binti Jamaludin