Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

10.03.2024 | Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan 2024

​​RBSHK2024 p1.png

RBSHK2024 p2.png 

RBSHK2024 p3.png 

RBSHK2024 p4.png 

RBSHK2024 p5.png 

RBSHK2024 p6.png 

RBSHK2024 p7.png 

RBSHK2024 p8.png 

RBSHK2024 p9.png

RIADAH BERBASIKAL SEMANGAT HARI KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-40, TAHUN 2024 1. BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 29 Syaaban 1445H/10 Mac 2024M. – Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan 2024 ini adalah salah satu acara keraian sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 yang telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saiffuddien, Bandar Seri Begawan dan ianya di bawah penganjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Persekutuan Basikal Brunei Darussalam serta jawatankuasa kerja terdiri dari agensi-agensi kerajaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyertai acara Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Keberangkatan baginda berserta Kerabat Diraja yang lain dijunjung oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang BerhomartDato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji 2 Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Info-Komunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal).

Acara riadah dimulakan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bagi menandatangani Baju Kenangan sempena Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan serta berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Awang Haji Harith bin Pehin Haji Abdul Aziz, Presiden Persekutuan Basikal Brunei Darussalam dan seterusnya berkenan dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024.

Upacara pelepasan riadah berbasikal bermula sejurus air horn dibunyikan oleh Yang Mulia Awang Amirulmukmenin bin Haji Omar, Pegawai Penjara di Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pembaca Ikrar Utama Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya mendahului riadah berbasikal mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 8 kilometer dan melintasi jalan-jalan utama antaranya Jalan Pretty, Jalan Elizabeth 2, Jalan Stoney, Jalan Haji Basir, Jalan Kumbang Pasang, Jalan Perdana Menteri, Jalan RIPAS, Jalan SOAS dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Baginda berserta Kerabat Diraja kemudiannya berkenan menyaksikan perbarisan lalu daripada seramai 40 orang pekayuh basikal terdiri daripada pekayuh basikal atlet negara dan kelab-kelab di bawah Persekutuan Basikal Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Amar Suriani bin Pengiran Hashim, Atlet Basikal Kebangsaan yang berjaya mengelilingi 40 kilometer yang berlepas sejak pukul 6.45 pagi. Pelepasan acara tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Selepas penamat riadah tersebut, Baginda berserta Kerabat Diraja berkenan dijunjung bagi sesi ramah mesra bersama kumpulan-kumpulan persembahan yang terlibat dalam persembahan (Kumpulan Kanak-Kanak Tujuh Peradian Berdastar, Kumpulan Ikrar, Kumpulan Koir, Human LED, Sukarelawan Belia dan sebagainya) semasa Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024.

Terlebih dahulu, sebelum acara riadah berbasikal ini diadakan, ianya dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan diikuti dengan Tazkirah Subuh bertajuk 'Bersatu Mencapai Cita Negara' yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Awang Muhammad Najib bin Haji Awang, Pegawai Ugama di Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan antara lain bertujuan sebagai aspirasi negara mempromosikan gaya hidup sihat dengan mempelbagaikan kegiatan sukan riadah bukan sahaja melalui riadah larian ataupun berjalan.

Dengan adanya penyertaan seluruh peringkat, ianya akan menyatupadukan masyarakat supaya lebih erat melalui kegiatan sukan dan secara tidak langsung membangun komuniti sukan yang sihat dan cergas. “Bersatu Mencapai Cita Negara" ​

Attachments
Created at 3/20/2024 11:34 AM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 3/20/2024 11:40 AM by Roslinawati Binti Jamaludin