

BERAKAS, Isnin, 16 Rabiulawal 1445H/02 Oktober 2023M. – Seramai 6 orang ahli Kontinjen Negara Brunei
Darussalam terdiri daripada Yang Mulia Haji Okida Simangasing (Jurulatih-Karate-Kumite), Yang Mulia Anggoro
Bayu Pratama (Jurulatih-Karate-Kata), Yang Mulia Muhd Harith bin Dahlan (Atlet-Kumite), Yang Mulia Farhah
Syahirah binti Mohd Shamrin (Atlet-Kata), Yang Mulia Rodhyatul Adhwanna binti Bakar (Atlet-Kata) dan Yang Mulia
Farhana Najeeha binti Abdul Rahman (Atlet-Kata) telah berlepas ke Hangzhou, China bagi menyertai kejohanan
Sukan Asia Ke-19 2022, yang berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober 2023.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan nasihat
serta kata-kata semangat ialah Yang Mulia, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha
Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hadir sama ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.