


BERAKAS, Selasa, 10 Rabiulawal 1445H/26 September 2023M – Seramai 2 orang ahli Kontinjen Negara Brunei
Darussalam terdiri Yang Mulia Muhammad Hadi Dinie bin Abdul Rahman (Jurulatih) dan Yang Mulia Dayang
Jurulena binti Juna (Atlet - Angkat Berat) telah berlepas ke Hangzhou, China bagi menyertai kejohanan Sukan Asia
Ke-19 2022, yang berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober 2023.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan nasihat serta
kata-kata semangat ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan)
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, selaku menjalankan tugas Setiausaha Tetap (Kesukanan).
Hadir sama ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Kumpulan terakhir akan bertolak ke Hangzhou, China pada hari Isnin, 2 Oktober 2023.