

BERAKAS, Ahad, 8 Zulkaedah 1444H/28 Mei 2023M. – Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan telah mengadakan "Program Kenali Ubat Awda dan Taklimat Steroid Anabolik" kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Dewan Kuliah, Perkampongan Sukan.
Adapun tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada pegawai dan kakitangan di sektor kerajaan mengenai penggunaan, penyimpanan dan cara pembuangan ubat-ubatan yang betul dan teratur dan dihasratkan program ini dapat mempertingkatkan lagi literasi kesihatan dan memperkasa orang awam dengan pengetahuan mengenai penggunaan ubat-ubatan untuk penjagaan kesihatan yang selamat dan berkesan terutamanya bagi penjagaan kesihatan diri sendiri, keluarga dan komuniti amnya.