

BANDAR SERI BEGAWAN,
Ahad, 25 Jun 2023. - Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Temburong dan Belia Permata Hijau Temburong dengan
kerjasama Persekutuan Catur Brunei telah mengadakan Bengkel Asas Sukan Catur bertempat di
Dewan Bukit Retak, Pusat Belia Temburong.
Seramai 9 orang peserta dalam kalangan belia dan orang dewasa mengikuti bengkel tersebut.
Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk mengenal pasti peminat-peminat Sukan Catur di
Daerah Temburong untuk diberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai dengan peraturan
dan teknik permainan Sukan Catur yang betul, di samping mencari pemain yang berbakat yang
berpotensi untuk dikembangmajukan.
Bengkel diisikan dengan Sesi Taklimat mengenai dengan asas, peraturan dan praktikal Sukan Catur
yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhd Aliuddin bin Haji Azahari dari Persekutuan Catur Brunei, dan
diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Adapun manfaat permainan Sukan Catur ialah dapat meningkatkan daya ingatan, pemikiran,
kebijaksanaan, kreativiti, kemahiran berfikir dan membuat perancangan serta penyelesaian masalah.