Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

08.12.2022 | Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kem Sukan Atlet Berbakat Ke-1 Tahun 2022

500_0302.jpg

500_0311.jpg 

500_0368.jpg 

500_0411.jpg 

500_0441.jpg 

500_0486.jpg

TEMBURONG, Khamis, 14 Jamadilawal 1444H/08 Disember 2022M. – Buat pertama kalinya Kem Sukan Atlet Berbakat diadakan, bermula pada 5 Disember lalu dan berakhir pada hari ini, di mana ia telah menutup tirainya dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bertempat di Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD).

Program tersebut diungkayahkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) melalui Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan (UKPS), Bahagian Sukan dengan kerjasama OBBD, yang pertama kalinya diadakan yang mana ianya merupakan langkah proaktif dalam merancang program bagi membimbing atlet-atlet Skim Latihan JBS yang dikenal pasti ke arah perkembangan pembangunan keperibadian mereka dan seterusnya cemerlang dalam bidang sukan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, seterusnya menutup rasmi program tersebut.

Terlebih dahulu majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Mulia Dayang Najihah Basyirah binti Haji Mohammad Nizam, atlet sukan Bola Jaring selaku wakil peserta program dan diikuti dengan persembahan daripada para peserta. Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil-sijil penyertaan kepada setiap peserta program dan ucapan penutup oleh tetamu kehormat. Aturcara diteruskan dengan bacaan Doa Selamat diketuai oleh Yang Mulia Noramizul bin Haji Serbini, Pemangku Ketua Cawangan JBS Temburong dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

Kem Sukan tersebut disertai oleh sekumpulan atlet pelapis di bawah Skim Latihan JBS seramai 35 orang terdiri daripada sukan Bola Jaring, Catur, Karate, Lawan Pedang, Olahraga, Pencak Silat dan Taekwando yang berpotensi, terbaik serta berbakat untuk menimba pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang menarik dengan menerapkan konsep Melayu Islam Beraja.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memberikan peluang berkongsi pengalaman dan pengetahuan disamping mengumpulkan atlet-atlet pelapis skim JBS yang terbaik serta memberikan pendedahan yang berbentuk intensif dalam suasana Kem Sukan bagi meningkatkan jati diri dan sahsiah atlet. Selain itu, program juga dapat melahirkan atlet yang berwibawa dan berketerampilan baik serta membentuk kerjasama dalam satu pasukan dan seterusnya memupuk semangat patriotik disamping dapat meningkatkan tahap kecergasan dalam bidang sukan.​​

Attachments
Created at 12/10/2022 11:48 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 12/10/2022 2:25 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan