Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

05.11.2022 | Aktiviti FITNESS4U Terap Gaya Hidup Sihat

PHOTO-2022-11-17-14-51-48-2.jpg

PHOTO-2022-11-17-14-51-48-3.jpg 

PHOTO-2022-11-17-14-51-49.jpg

TEMBURONG, Sabtu, 10 Rabiulakhir 1444H/5 November 2022M. - Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong  dengan kerjasama HSN Fitness telah mengadakan aktiviti FITNESS4U iaitu sesi Senamrobik dan Tabata bertempat di Dewan Serbaguna, Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di Kampung Batu Apoi, Temburong.

Aktiviti ini dibimbing oleh Tenaga Pengajar dari HSN Fitness dan disertai oleh para pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) Cawangan Temburong serta orang ramai.

Antara yang menyertai aktiviti tersebut ialah Yang Mulia Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Kari, Pengarah Belia dan Sukan.

Tujuan aktiviti ini diadakan ialah bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KKBS Cawangan Daerah Temburong dan orang ramai, meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang gaya hidup sihat dan kegiatan fizikal untuk diterapkan ke dalam aktiviti seharian serta menghindarkan dan mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit seperti obesiti, jantung dan sebagainya.

Aktiviti yang dijalankan selama 1 jam 30 minit itu diakhiri dengan penyerahan Sijil Penghargaan daripada Pengarah Belia dan Sukan kepada Tenaga Pengajar HSN Fitness dan disusuli dengan sesi bergambar ramai.​

Attachments
Created at 11/17/2022 3:31 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 11/28/2022 4:14 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan