

BERAKAS, Selasa, 11 Oktober 2022M. - Seramai 10 orang delegasi belia telah berlepas ke Phnom Pehn, Cambodia bagi menyertai ASEAN Young Leaders Programme yang akan diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2022.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.
Perwakilan belia yang menyertai program berkenaan terdiri daripada ahli-ahli persatuan belia, Institusi Pengajian Tinggi dan sukarelawan belia.