Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
26.02.2021 | Wira Fajar

LAMBAK KIRI, Jumaat, 26 Februari. – Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid Bagi Tahun 1442H/2021M merupakan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Belia-Belia Masjid. Wira Fajar telah diadakan bertempat di Masjid STKRJ Kampong Lambak Kiri.

Hadir ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap KKBS; Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS; serta Pegawai-Pegawai Kanan KKBS.

Aturcara dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Imam Awang Muhammad Wafiuddin bin Muhammad Wajeeh dan diikuti dengan Tazkirah Subuh bertajuk "Belia dan Semangat Patriotisme" oleh Yang Mulia Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak, Penceramah Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan Pengarah Pengurusan Al-Minhaj Centre. Wira Fajar diselajurkan dengan bacaan Surah Al-Kahfi dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nabil Waqiuddin bin Haji Muhammad, Ketua Belia Masjid STKRJ Kampong Lambak Kiri dan diakhiri dengan Sembahyang Dhuha.

Majlis turut disertai seramai lebih 200 orang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid STKRJ Kampong Lambak Kiri; Pegawai-Pegawai Kerajaan; Persatuan dan Pergerakan Belia; Belia-Belia Masjid serta penduduk sekitar Kampong Lambak Kiri.

Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid kali ini merupakan salah satu acara di dalam Festival Hari Kebangsaan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37 Tahun 2021.

Antara lain tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik diri para belia untuk mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid serta memberikan pendedahan kepada para belia dengan mengisi aktiviti yang bermanfaat terutama sekali dalam mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid-masjid.

Orang ramai terutamanya para belia amatlah dialu-alukan untuk menyertai Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid.

ND5_7991.1.jpg

ND5_8007.1.jpg

ND5_8011.1.jpg

ND5_8017.1.jpg

ND5_8026.1.jpg

Attachments
Created at 3/29/2021 2:47 PM by Hj Muhammad Syazwan Bin Hj Abd Jalil
Last modified at 4/17/2021 1:54 PM by Susieyanti Hamdi