Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

18.03.2021 | Siaran Media - Penutupan Kompleks-Kompleks Sukan Di Bawah Kawalan Jabatan Belia Dan Sukan Sempena Menyambut Hari Nisfu Sya'ban 1442H/2021M

panji kkbs.png

SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
MENGENAI
PENUTUPAN KOMPLEKS-KOMPLEKS SUKAN DI BAWAH KAWALAN JABATAN BELIA DAN SUKAN
SEMPENA MENYAMBUT HARI NISFU SYA’BAN 1442H/2021M


Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa penggunaan Padang-Padang, Dewan Sukan, Kolam-Kolam Renang, Gelanggang Sukan Luar dan Dalam serta Kemudahan- Kemudahan Sukan Jabatan Belia dan Sukan akan ditutup awal pada hari Ahad, 14 Sya’ban 1442H bersamaan 28 Mac 2021M Sempena Menyambut Hari Nisfu Sya’ban 1442H/2021M mulai pukul 5.00 petang.

Penutupan tersebut adalah bagi menghormati Majlis Sempena Menyambut Hari Nisfu Sya’ban 1442H/2021M serta memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan jabatan untuk mengikutinya.

Manakala penggunaan Padang-Padang, Dewan Sukan, Kolam-Kolam Renang, Gelanggang Sukan Luar dan Dalam serta Kemudahan-Kemudahan Sukan Jabatan Belia dan Sukan akan dibuka semula seperti biasa pada hari Isnin, 15 Sya’ban 1442H bersamaan 29 Mac 2021M.


Disediakan oleh:
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
03 Sya’ban 1442H/17 Mac 2021M


Attachments
Created at 3/18/2021 8:41 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 3/18/2021 8:48 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli