Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

16.02.2020 | Belia PBCTA tanam semangat patriotisme HK Ke-36

Negara Brunei Darussalam (NBD) akan meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan yang Ke-36 tahun pada 23 Februari ini.

Sehubungan itu, dalam sama-sama menzahirkan sokongan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Ulil Amri dan NBD, peserta Program Belia Cinta Tanah Air (PBCTA) Kali Ke-15 pagi tadi menyertai upacara Menaikkan Bendera NBD sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-36, Tahun 2020, berlangsung di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

 

Majlis diadakan sejurus selesai Majlis Menaikkan Bendera Besar Kebangsaan NBD di kawasan lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd Azlan bin Pengiran Haji Tengah Omar.

 

Acara dimulakan dengan perbarisan peserta PBCTA Kali Ke-15 memasuki Kawasan Pusat Belia, BSB.

 

Pada majlis tersebut, wakil peserta PBCTA menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam kepada tetamu kehormat yang seterusnya menyerahkannya kepada Penyelia Pusat Belia, Awang. Haji Mohd. Sofian bin Haji Amit untuk dinaik-kibarkan.

 

Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam kepada ketua-ketua keluarga bagi mangsa kebakaran di Kampung Pengiran Bendahara Lama yang disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan.

 

Upacara Menaikkan Bendera NBD diiringi dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

Acara tersebut adalah bertujuan untuk menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta program sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk meraikan hari kebangsaan dan menghargai rasa kecintaan kepada negara dalam kalangan ahli.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 2/19/2020 3:39 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 2/19/2020 3:39 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli