KEMBARA
36 adalah aktiviti riadah anjuran Alumni Program Belia Cinta Tanah Air
(PBCTA) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Bahagian Belia dan
disokong oleh Bebuloh Native Camp.
Acara
diadakan kelmarin itu, bermula dari Pusat Belia dan berakhir di tempat
yang sama di mana seramai 50 peserta menyertai aktiviti berjalan kaki
sejauh 36 kilometer.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi acara perlepasan, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat.
Acara
diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei
Darussalam Ke-36, Tahun 2020 yang bertujuan untuk melahirkan peserta
yang sihat sama ada dari segi mental mahupun fizikal.
Selain
itu, aktiviti tersebut juga bertujuan untuk melahirkan rasa bersyukur
menjadi belia di bumi yang bertuah ini dengan mengimbau kembali gaya
hidup orang terdahulu tanpa kenderaan (berjalan kaki).
Para
peserta KEMBARA 36 berjalan melalui Jalan Kumbang Pasang, Jalan Perdana
Menteri, Jalan Utama Berakas kemudian memasuki Lebuhraya Muara-Tutong,
memasuki Jalan Utama Tanah Jambu, Jalan Utama Salambigar, Jalan Utama
Mentiri, Jalan Kebangsaan Lama dan menuju ke Jalan Tasek kemudian
berakhir di Pusat Belia.
Dalam
perjalanan dari Jalan Tasek menuju ke Pusat Belia, para peserta
diiringi oleh para penunggang motor berkuasa tinggi dari Persatuan
Motorsikal Darussalam (PEMODA).
Sumber : Pelita Brunei