Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

05.02.2020 | Festival sempena Jubli Emas penubuhan Pusat Belia

Pelbagai acara telah disusun bagi memeriahkan Festival bersempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Pusat Belia (PB) di ibu negara yang bermula pada hari ini sehingga Ahad, 9 Februari 2020.

 

Antara pengisian festival berkenaan adalah persembahan pentas dan pameran, jual-jualan, permainan tradisi, kursus serta bengkel kecantikan, demonstrasi masakan, sukan dan rekreasi, aktiviti kolam renang, sesi perbincangan, Basic IT, Kelas Bacaan Al-Quran serta aktiviti keusahawanan.

 

Sehubungan itu, majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin bertempat di Dewan Riadah, pusat berkenaan.

 

Sejurus selepas perasmian, tetamu kehormat menyampaikan barangan bantuan 'Projek Berbagi Rezeki' untuk mangsa kebakaran Kampung Pengiran Bendahara Lama.

 

Terdahulu, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat selaku Pengerusi Majlis berkata, penyelarasan dan pengendalian aktiviti-aktiviti ini memerlukan kerjasama yang padu serta penglibatan daripada banyak pihak termasuk pihak kerajaan, event management dan kumpulan belia termasuk ahli-ahli Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT).


Dengan adanya festival ini tambahnya, masyarakat khususnya para belia berpeluang untuk mengetahui secara dekat akan program-program yang ditawarkan dan memaksimumkan penggunaan kemudahan yang disediakan sebagai wadah perkumpulan belia di bangunan berkenaan.

 

Festival dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan sebagai mengimbas kembali ristaan sejarah 50 tahun pembukaan Pusat Belia pada 20 Disember 1969, di mana penubuhannya sebagai platform bagi belia untuk menjalankan aktiviti dan program kebeliaan sekali gus mengembangkan lagi potensi belia secara positif di negara ini.

 

Sumber: Pelita Brunei 

Attachments
Created at 2/6/2020 4:30 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 2/6/2020 4:30 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar