Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
22.01.2020 | Salah satu pencapaian terbaik negara - Sabda Presiden BDNOC

Pencapaian kontinjen Negara Brunei Darussalam semasa Sukan SEA Ke-30 di Republik Filipina tahun lalu merupakan salah satu pencapaian terbaik sejak menyertai kejohanan sukan tersebut pada tahun 1977 di luar negara.


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) bersabda demikian semasa berangkat ke Mesyuarat Post Mortem Kejohanan Sukan SEA Ke-30, di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini.


Kepada atlet-atlet dan pasukan yang tidak berjaya dalam memperoleh sebarang pingat dan tidak mampu mencapai sasaran mereka, Duli Yang Teramat Mulia bersabda menyarankan supaya mereka akan sentiasa berusaha dengan lebih gigih lagi dalam jalani latihan.

 

DYTM seterusnya bersabda melahirkan harapan agar para atlet akan mencuba lagi di sukan berkontinjen akan datang sekiranya mereka terpilih untuk mewakili negara, kerana rahsia kejayaan ialah adanya usaha yang tidak pernah luntur dan semangat yang tidak pernah menyerah kalah.


''Saya tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada Urusetia Kontinjen dan juga Chef de Mission, termasuklah Penolong-penolong Chef de Mission yang bertungkus-lumus dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan lancar dalam menangani apa jua masalah yang dihadapi, terutama sekali memandangkan 'venue' pertandingan pada kali ini adalah sangat berjauhan, akan tetapi pihak Urusetia dan CDM, termasuklah Penolong-penolong CDM, berhasil menyempurnakan tugasan mereka dengan sempurna sehinggakan ada di antara mereka yang 'carried-away' dengan cara baik. Saya juga ada sendiri mendengar yang ada persatuan yang memberikan kata-kata pujian kepada pihak Urusetia,'' sabda DYTM lagi.

 

DYTM turut bersabda memohon maaf kepada mana-mana sukan yang negara sertai, yang DYTM tidak berkesempatan untuk menghadiri atau menyaksikan mereka beraksi, disebabkan oleh 'venue-venue' yang berjauhan dan masa yang tidak mengizinkan.


Terdahulu itu, DYTM bersabda melahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara, terutama sekali kepada atlet-atlet dan pasukan yang berjaya memperoleh dua pingat emas, lima pingat perak dan enam pingat gangsa.


Sumber: Pelita Brunei


Attachments
Created at 1/27/2020 10:59 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 1/27/2020 10:59 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar