Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
22.01.2020 | Dukungan, sokongan DYTM cermin keprihatinan majukan sukan negara

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat ke Mesyuarat Post Mortem Kejohanan Sukan SEA Ke-30 di Republik Filipina.


Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia di Stadium Negara Hassanal Bolkiah (SNHB), di sini, dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.


Pada mesyuarat yang berlangsung di Dewan Kuliah, SNHB, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam sembah alu-aluannya menyembahkan bahawa keberangkatan DYTM secara berterusan, di samping dukungan dan sokongan DYTM mempunyai nilai yang amat tinggi, mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan DYTM yang amat mendalam dalam usaha untuk terus memajukan sukan secara bermakna di Negara Brunei Darussalam.

 

Menurut Yang Berhormat, dengan adanya mesyuarat Post-Mortem itu, para kontinjen akan diberikan landasan untuk terus meningkatkan kejayaan yang sudah dicapai, sekali gus memajukan prestasi mereka secara khasnya dan sukan negara secara amnya, terutamanya dalam temasya sukan yang akan datang.

 

Oleh yang demikian, Yang Berhormat berkata, akan terus komited untuk menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa kejayaan yang dikecapi ini boleh dijadikan kayu ukur demi untuk terus membangun dan menentukan tahap kejayaan yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.

 

Sementara itu, dalam sembah Laporan Kontinjen Kejohanan Sukan SEA Ke-30, yang disampaikan oleh Chef de Mission, Awang Haji Muhd. Zamri bin Dato Paduka Haji Hamdani, antara lain mengongsikan analisa pencapaian kontinjen negara, di mana penyertaan atlet buat kali pertama, seramai 46 orang, iaitu 47 peratus, manakala atlet yang pernah menyertai Sukan SEA seramai 41 orang, iaitu 53 peratus.


Awang Haji Muhd. Zamri seterusnya menyembahkan seramai 39 atlet, iaitu sebanyak 45 peratus adalah berumur 21 tahun ke bawah dan 55 atlet berumur 21 tahun ke atas, iaitu sebanyak 55 peratus.

 

Penyertaan atlet lelaki pula jelasnya, seramai 57 orang, iaitu 66 peratus dan atlet wanita seramai 30 orang, iaitu 34 peratus.

 

Tambahnya lagi, atlet baharu yang menyumbang pingat seramai 15 orang, iaitu 17 peratus, atlet lama seramai 21 orang, iaitu 24 peratus dan atlet yang belum mencapai pingat seramai 48 orang, iaitu 59 peratus.

pm seagames3.JPG

Kontinjen negara menyertai sebanyak 14 acara sukan, bermula pada 30 November hingga 11 Disember 2019 lalu, iaitu Aquatics; Athletics; Billiards; Golf; Fencing; Bola Sepak; Karatedo; Boling Padang; Bola Jaring; Pencak Silat; Polo; Tekwando; Tenpin Boling; dan Wushu.


Sumber: Pelita Brunei

Attachments
Created at 1/27/2020 10:53 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 1/27/2020 10:53 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar