Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

12.12.2019 | Kontinjen negara bawa pulang 13 pingat

Kontinjen Negara Brunei Darussalam (NBD) yang terdiri daripada para pegawai dan atlet sukan Wushu, Karatedo, Polo dan Biliard, termasuk Chef de Mission, Assistant Chef de Mission, Urus Setia juga Pegawai dan Kakitangan Perubatan tiba di Negara Brunei Darussalam selepas berada di Filipina bagi menyertai Temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Kali Ke-30, 2019, Republik Filipina.


Berada di Ruang Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara, seterusnya mengalungkan sesandang dan memberikan ucapan tahniah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.


Hadir sama, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS); juga Pegawai-pegawai Kanan KKBS.


Bagi memberkati kepulangan kontinjen negara, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh tenaga pengajar Al-Quran, Jabatan Belia dan Sukan, Awang Haji Abdul Halim bin Haji Fuad.


Atlet sukan Wushu negara berjaya membawa pulang satu pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa melalui Mohammad Adi Salihin bin Roslan bagi acara Men's Nandao + Men's NanGun; Majdurano Joel bin Majallah Sain dan Mohammad Safiee Shayferan bin Roslan dalam acara Men's Duilian; Basma binti Lachkar bagi acara Women's TaijiQuan dan Women's Taijijian; dan Hosea Wong Zheng Yu dalam acara Men's TaijiQuan dan Men's Taijijian.


Semasa ditemui, pemenang pingat emas bagi sukan Wushu, Mohammad Adi Salihin menyuarakan rasa terima kasih kepada pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana diberi peluang menyertai Sukan SEA kali ini, sekali gus menyumbang pingat emas buat negara.

seagames4.jpg

 

Beliau, seterusnya mengucapkan terima kasih juga kepada jurulatih, kedua ibu bapanya dan semua yang terlibat kerana sentiasa memberikan sokongan yang berterusan selama ini.


''Saya akan terus berusaha dengan lebih gigih di masa akan datang dan untuk perancangan akan datang saya akan menjalani latihan dan persediaan bagi kejohanan seterusnya,'' terangnya lagi.


Sementara itu, skuad polo negara juga berjaya meraih pingat emas melalui Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni  Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien; Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Idris bin Awang Sirat; Huzaimi bin Haji Mahari; Muhamad Farid bin Abdullah; 414 Kolonel Haji Awang Mohd. Huzaimi bin Pehin Datu Harimau Padang Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Husin; dan Ketua Inspektor Pengiran Mohd. Khairul Alimin bin Pengiran Haji Mohamad dalam acara Divisyen B 'low goals' (0 - 2) .

 seagames3.jpg

Manakala pingat gangsa pula melalui Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Huzaimi bin Haji Mahari; Muhamad Farid bin Abdullah; 414 Kolonel Haji Awang Mohd. Huzaimi bin Pehin Datu Harimau Padang Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Husin; dan Awang Haji Abdul Azeez bin Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd. Jaafar bagi acara Divisyen A 'high goals' (4 - 6).


Atlet sukan Karatedo negara turut membawa pulang pingat gangsa bagi acara Men's Kumite - 67 kilogram melalui Muhd. Sofizan bin Mohd. Sofian.


Jumlah kutipan pingat bagi Kontinjen NBD ke Temasya Sukan SEA Kali Ke-30 edisi tahun ini adalah sebanyak dua pingat emas; lima pingat perak; dan enam pingat gangsa yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak 13 pingat.


Sumber: Pelita Brunei

Attachments
Created at 12/14/2019 4:22 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 12/14/2019 4:22 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar