Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
13.12.2019 | Peserta SSEAYP selamat pulang

Kontinjen Negara Brunei Darussalam seramai 28 belia tempatan yang telah menamatkan program Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) Ke-46, 2019 di Jepun selamat tiba di tanah air, lewat petang tadi.


Kontinjen negara diketuai oleh Awang Shahminan bin Haji Mohamad Yasin.


Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kolonel (B) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said.


Program selama 51 hari yang bermula pada 24 Oktober 2019 itu juga disertai seramai 330 belia dari 11 buah negara dengan menggunakan Kapal Nippon Maru.


Para peserta telah singgah ke beberapa buah negara ASEAN termasuk Viet Nam, Republik Singapura, Myanmar dan Malaysia sebelum kembali ke Tokyo, Jepun.

 

SSEAYP merupakan program pertukaran belia antarabangsa khusus bagi negara-negara ASEAN dan Jepun bermula sejak 1974 bertujuan bagi melahirkan kesefahaman dan kerjasama antarabangsa dalam kalangan belia-belia ASEAN dan juga Jepun.


Di samping itu, ia juga bertujuan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari adat budaya, politik dan pembangunan ekonomi bagi sesebuah negara.


Penyertaan Negara Brunei Darussalam tahun ini merupakan kali ke-34 sejak penyertaan rasmi negara pada tahun 1985.


Sumber: Pelita Brunei


Attachments
Created at 12/14/2019 4:12 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 12/14/2019 4:23 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar