Kontinjen
 Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada 28 belia dan seorang 
Ketua Kontinjen (National Leader) berlepas ke Jepun bagi menyertai 
Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) Ke-46, 2019.
Berada
 di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat 
belayar, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian 
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran 
Haji Mahmud.
Sebelum
 berlepas, Doa Selamat dibacakan oleh Awang Haji Abdul Halim bin Haji 
Fuad, diikuti dengan ucapan ringkas serta kata-kata semangat dan nasihat
 daripada Pengiran Mohammad Amirrizal kepada kontinjen negara yang 
diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Kontinjen negara diketuai oleh Awang Shahminan bin Haji Mohamad Yasin.
SSEAYP
 merupakan program pertukaran belia antarabangsa khusus bagi 
negara-negara ASEAN dan Jepun bermula sejak 1974 dengan tujuan bagi 
melahirkan kesefahaman dan kerjasama antarabangsa dalam kalangan 
belia-belia ASEAN dan juga Jepun, di samping mempelajari adat budaya, 
politik dan pembangunan ekonomi bagi sesebuah negara.
Penyertaan Negara Brunei Darussalam tahun ini merupakan kali ke-34 sejak penyertaan rasmi negara pada tahun 1985.
Program
 tahun ini akan bermula pada 24 Oktober hingga 13 Disember 2019, selama 
51 hari bersama 330 belia dari 11 buah negara dengan menggunakan Kapal 
Nippon Maru, dan akan singgah ke beberapa buah negara ASEAN yang telah 
dipilih iaitu Viet Nam, Republik Singapura, Myanmar dan Malaysia sebelum
 kembali ke Tokyo, Jepun.
Sumber: Pelita Brunei