Ke
arah mewujudkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan yang
cemerlang, para peserta Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Negara
Brunei Darussalam Kali Ketiga bagi tahun 2019 telah menyertai sesi 'Ice
Breaking' dan aktiviti kerja berkumpulan (Team Building) yang
masing-masing diadakan pada sebelah pagi dan petang di Pusat Belia, di
sini.
Aktiviti
dikendalikan oleh Jurulatih dari Outward Bound Brunei Darussalam
(OBBD), Awang Abdullah bin Haji Idris serta tiga orang Pegawai OBBD.
Program
yang disertai oleh 36 orang peserta terdiri daripada lepasan-lepasan
ijazah dari institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Jurulatih
OBBD, Awang Abdullah bin Haji Idris ketika ditemui menjelaskan,
aktiviti yang diungkayahkan oleh pihak OBBD bagi para peserta menjurus
kepada 'Team Building' iaitu menekankan dari segi kepimpinan para
peserta, di samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara mereka.
Menurutnya,
aktiviti tersebut diharap dapat membantu para peserta program berfikir
secara kritis, menyelesaikan sesuatu masalah dan meningkatkan daya tahan
mereka.
Aktiviti
Team Building hari ini, tambahnya, dikendalikan oleh seramai empat
orang pegawai dari OBBD, di mana kesemua aktiviti bagi para peserta
program hanya diadakan di dalam dewan (indoor).
OBBD
adalah salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam
sama-sama menjayakan Wawasan Brunei 2035 melalui strategi jaminan sosial
selaras dengan objektif penubuhannya, iaitu untuk membolehkan para
belia membina ketahanan fizikal dan kemantapan mental.
Selain
itu, ianya juga bertujuan untuk melengkapkan diri dengan sifat-sifat
tabah, berani, sabar, berdisiplin, berdikari dan bertanggungjawab serta
dapat menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan dan cabaran kehidupan.
Pembelajaran-pembelajaran
yang ditawarkan oleh OBBD adalah merangkumi pelbagai kegiatan yang
mencabar mental dan fizikal bagi melatih kemahiran belia, kepimpinan dan
pembangunan diri.
Sumber: Pelita Brunei