Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

22.09.2019 | Kenali permainan tradisi ASEAN

Permainan-permainan tradisi dari negara-negara anggota ASEAN dipamerkan semasa berlangsungnya Hari Sukan ASEAN (ASEAN Sports Day) di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.


http://www.pelitabrunei.gov.bn/PublishingImages/BERITA/2019/9%20SEPT/220919/05%20AZMAH_HARI%20SUKAN%20ASEAN%202019/03.jpg


Antara permainan yang ditonjolkan termasuklah Permainan Patintero dari Filipina; Handball (Tossing Ball) dan jualan makanan dari Myanmar; Sepak Takraw dari Thailand; dan Poco-Poco Erobik, Terompah Panjang / Bakiak dan Tug of War dari Republik Indonesia.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Terdahulu, acara Hari Sukan ASEAN dimulakan dengan Sesi Mass Aerobic di Pedestrian Mall di kawasan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, diikuti dengan aktiviti berjalan kaki (fun walk) sejauh tiga kilometer juga berbasikal (fun cycle) sejauh 13.8 kilometer dan diteruskan dengan permainan tradisi negara-negara ASEAN juga acara sukan futsal dan bola jaring di dalam Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

 

Sebanyak empat buah pasukan mengikuti acara futsal dan bola jaring, iaitu Pasukan ASEAN Mission 1; Pasukan ASEAN Mission 2; Pasukan MCYS; dan Pasukan MFA.


http://www.pelitabrunei.gov.bn/PublishingImages/BERITA/2019/9%20SEPT/220919/05%20AZMAH_HARI%20SUKAN%20ASEAN%202019/02.jpg

 

Acara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri merupakan satu komitmen setiap negara-negara anggota ASEAN semasa Senior Official Meeting on Sports (SOMS) pada bulan November 2018 di Myanmar sebagai salah satu acara Memperingati Hari ASEAN yang diraikan pada setiap 8 Ogos.

 

Di samping itu, penganjuran juga bertujuan bagi mengeratkan silaturahim dan memupuk perpaduan, persefahaman juga kerjasama dalam kalangan lapisan masyarakat ASEAN.

 

Antara yang hadir memeriahkan acara, Kedutaan-kedutaan Besar dan Suruhanjaya-suruhanjaya Tinggi ASEAN di Negara Brunei Darussalam; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Hajah Dayang Siti Norishan binti Haji Awang Abdul Ghafor; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut; Pegawai-pegawai Kanan KKBS; juga Ahli-ahli Komuniti ASEAN.


Sumber: Pelita Brunei


Attachments
Created at 10/2/2019 10:09 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 10/2/2019 11:05 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar