Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

12.09.2019 | 14 belia sertai Program Pertukaran Sukan Belia JENESYS 2019

01 13.09.19.jpg

Rombongan seramai 14 orang terdiri daripada pelajar dan pegawai pengiring menyertai Program Pertukaran Rangkaian Pelajar dan Belia Jepun - Asia Timur (JENESYS) 2019 di bawah Pertukaran Sukan Belia (Ragbi) yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun mulai 13 hingga 21 September 2019.


Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, malam tadi bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat.


Juga hadir, Setiausaha Kedua di Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, Atsushi Aoki.


Penolong Pekerja Kanan Belia dan Sukan, Awang Md Shahjohan bin Haji Shari selaku Ketua Rombongan semasa ditemu bual menjelaskan, pelbagai program telah diaturkan oleh pihak penganjur sepanjang program tersebut dimana mereka akan diserapkan pada pelbagai aktiviti-aktiviti seperti proram orientasi, pertukaran sukan, mengikuti kursus dan latihan dalam sukan ragbi serta perlawanan persahabatan.


Menurutnya, program kali ini bukan sahaja menumpukan mengenai pengenalan sukan ragbi malah turut melibatkan pertukaran budaya.

02 13.09.19.jpg
Para peserta program jelasnya juga akan berpeluang menyaksikan Piala Dunia Ragbi semasa keberadaan disana nanti, dan ini merupakan peluang yang paling bernilai bagi mereka.


Beliau menambah, pelajar-pelajar yang menyertai program kali ini berusia dalam lingkungan umur 15 hingga 18 tahun yang mewakili pelbagai institusi pengajian di keempat daerah termasuk daripada Universiti Teknologi Brunei, Politeknik Brunei, Sekolah Sukan dan Jerudong International School.


Selaku Ketua Rombongan, beliau berharap apa jua pengalaman dan informasi yang diperolehi sepanjang program akan dapat dikongsi sama selain menjadi pemangkin semangat para belia negara untuk tampil ke hadapan.


Kira-kira 165 peserta dijangka akan menyertai program kali ini yang mengumpulkan peserta dari negara ASEAN seperti Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Viet Nam dan Timor Leste.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 9/14/2019 12:00 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 9/14/2019 12:00 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli