Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

08.09.2019 | 38 belia sertai Program Bas Belia 2019

01 bas.jpg

02 bas.jpg

Seramai 38 belia, yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun dari keempat-empat daerah menyertai Program Bas Belia 2019 selama tujuh hari bermula pada 7 hingga 13 September 2019.

 

Sehubungan itu, Majlis Pelepasan program tersebut berlangsung di Entrance Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB), di sini.

 

Hadir menyempurnakan pelepasan tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud selaku tetamu kehormat.

 

Program Bas Belia 2019 dianjurkan oleh KKBS dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Daerah di keempat-empat daerah buat kali kedua.

 

Para peserta terdiri daripada 24 lelaki dan 14 perempuan dari keempat-empat daerah dengan 10 daripadanya dari Daerah Brunei dan Muara, 11 dari Daerah Belait, 8 dari Daerah Tutong dan 9 dari Daerah Temburong.

 

Program tersebut mengumpulkan para belia dari keempat-empat daerah sebagai lambang perpaduan dan integrasi dengan menjelajah ke seluruh negara berlandaskan kepada enam Bidang Strategi Penting dalam Dasar Belia Negara.

 

Objektif Program Bas Belia ialah untuk mendidik dan meningkatkan ke arah perkembangan dan pembangunan diri, kepimpinan, daya usaha dan persefahaman, di samping mendedahkan ilmu dan maklumat mengenai bidang keusahawanan dan penggunaan teknologi dalam keusahawanan serta untuk mengenali dengan lebih dekat lagi identiti, sosial, budaya dan masyarakat di daerah-daerah.

 

Program tersebut bermula di Perkampungan Sukan, KSNHB dan akan bergerak ke Daerah Temburong, Daerah Belait dan Daerah Tutong.

 

Antara pengisian program termasuk taklimat pengenalan program, sesi suai kenal, sesi pertemuan bersama Yang Berhormat dan Pegawai Daerah di keempat-empat daerah, aktiviti pembangunan diri dan kepimpinan, aktiviti kerohanian dan keugamaan, aktiviti sukan dan cabaran fizikal, aktiviti keusahawanan termasuk sesi perkongsian pengalaman kejayaan bersama usahawan tempatan, aktiviti kebudayaan dan aktiviti khidmat masyarakat dan sebagainya.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 9/9/2019 3:11 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 9/9/2019 3:11 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli