Riadah
Berbasikal Keputeraan 2019 yang bermula dan berakhir bertujuan untuk
memberikan peluang dan kesedaran kepada para belia dalam aspek
kekeluargaan dengan memfokuskan kepada pengukuhan institusi keluarga
serta perubahan 'mindset' yang lebih positif.
Dengan
tema 'Belia Ceria Keluarga Bahagia', riadah tersebut diisikan dengan
aktiviti yang dibahagikan kepada dua zon yang dikendalikan oleh agensi
kerajaan, swasta, persatuan-persatuan dan kelab-kelab belia dan sukan
serta pihak-pihak yang berkaitan iaitu Zon Kreativiti dan Inovasi; dan
Zon Sukan Ria dan Keluarga.
Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam dan paduka-paduka anakanda baginda berkenan berangkat bagi
menyaksikan aktiviti sempena riadah tersebut yang diadakan di Taman Haji
Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.
Zon
Kreativiti dan Inovasi menumpukan kepada aktiviti-aktiviti belia dalam
bentuk industri kreatif serta belia-belia yang bergiat aktif di dalam
bidang teknologi.
Zon
ini menampilkan, pameran dari Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA)
dengan aktiviti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pengenalan asas
motosikal dan lain-lain lagi; Alumni PBCTA; YEP-Cohort4 menampilkan
pameran ActFast Project; Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) dengan aktiviti
Festival Jualan MMPB; Sekolah Menengah Chung Hwa dengan Belon Dart dan
Timbak Laju-laju; Pusat Pembangunan Belia menampilkan aktiviti
Pertandingan Teh Tarik, Pertandingan Mengukir Buah dan Jualan Produk
Pusat Pembangunan Belia; Hyperdrive Hobby dengan Perlumbaan 'Mini
Drone'; Kumpulan Meraih Berkah memaparkan Pameran Keusahawanan, Projek
Anak-anak Yatim dan Kenali Bahasa Arab; Darussalam Asset dengan
kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mempamerkan produk-produk
dari 1K1P; Arena Shooting Paintball dengan aktiviti kekeluargaan seperti
Cabaran Satu Keluarga dan 'Shooting Range'; UnderArmour dengan cabaran
ketahanan; Chinese Chamber of Commerce pula menampilkan persembahan
Komuniti China dan pertunjukan Wushu dan Taichi.
Juga
menyertai aktiviti dalam zon ini ialah Pertubuhan Fotografi Negara
Brunei Darussalam dengan mempamerkan Galeri Riadah Berbasikal dari Lensa
Kamera; Pameran Persatuan Bulan Sabit Merah; Pameran Demensia BN; Happy
Harun dengan mempamerkan 'Tarbiyah on Wheels', sebuah kelas Islamik
bergerak yang pertama diadakan di negara ini yang diasaskan oleh Dr.
Hajah Mona Yati binti Dato Seri Laila Jasa Haji Mohd Kassim; Doodles And
Colours; A SustainaBRU Project dengan aktiviti kuiz, permainan 'Zero
Waste'; MMPB mempamerkan pameran Kereta Klasik Bettle; Majlis Kebangsaan
Keselamatan Jalan Raya dengan mempamerkan rakaman Mesej Keselamatan
daripada orang ramai dan selebriti tempatan dan memperlihatkan
penggunaan 'Child Seat'; Pameran Kewangan dari Autoriti Monetari Brunei
Darussalam (AMBD).
Sementara
itu, Zon Sukan Ria dan Keluarga menumpukan kepada aktiviti-aktiviti
sukan (sukan tradisi dan ria) termasuk aktiviti-aktiviti bagi
kanak-kanak dan keluarga.
Zon
ini menampilkan La Vida dan Special Olympics Brunei Darussalam
mengadakan aktiviti Golf, 'Craft Stamping Station Zone'; Babeland
Trading Company dengan sesi demonstrasi dan aktiviti kanak-kanak;
aktiviti memanah dari Kelab Memanah Seri Begawan; TelBru menampilkan
Cabaran 'Blindfold', Perlumbaan Telur, 'Dress up with Dad', 'Family
Feud' dan meneka benda dalam kotak; School of Thought mengadakan Giant
Boggle (Padang) bagi orang ramai; Bike Doctor BN pula mempamerkan
kesedaran 'Basic Hand Signal', mewarna bagi kanak-kanak; Persekutuan
Pengakap Brunei Darussalam dengan aktiviti Ikatan Berganti-ganti,
Puzzle, Melukis Muka dan sebagainya; Persatuan KACA dengan kerjasama
Persatuan SCOT dengan aktiviti membaling sasaran, mengisi air dalam
botol dengan span, Mencari gula-gula dalam bakul, Memancing ikan dalam
baldi dan lain-lain.
Biro
Kawalan Narkotik dengan aktiviti Interaktif 'Snake and Ladders'; dan
Tabung Amanah Islam Brunei dan Insuran TAIB mengadakan aktiviti 'Giant
Jenga dan Boling', Perlawanan Tarik Kalat, 'Dress Up Relay' dan
Permainan Relay Belon.
Dalam
temu bual Pelita Brunei bersama Presiden Persatuan Helang Brunei, Awang
Muhd Fahmi bin Haji Manan menjelaskan, antara tujuan Pameran Burung
Helang adalah bagi mempamerkan dan memperkenalkan pelbagai spesies
burung-burung helang tempatan yang terdapat di negara ini kepada orang
ramai.
Menerusi
pameran ini, katanya, orang ramai berkesempatan untuk bermain,
bergambar dengan burung-burung helang yang telah dilatih dan jinak ini.
Persatuan
tersebut jelasnya ditubuhkan pada tahun 2015 dengan keahlian setakat
ini seramai 40 orang dan ia adalah dikhaskan bagi penggemar-penggemar
burung helang.
Sumber : Pelita Brunei