Shiqi Chu
dari China berjaya membawa pulang pingat emas dalam Kategori Sanda
Junior Girl’s 52 Kg pada Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 yang
berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah,
di sini.
Pingat
perak disandang oleh Munyeong Gwon dari Korea diikuti pingat gangsa
dimenangi bersama oleh Aida Heidari dari Iran dan Ulfa Maria dari
Indonesia.
Sementara,
Guangxue Yan dari China meraih pingat emas dalam Kategori Sanda Junior
Girl’s 60 Kg, pingat perak direbut oleh Munazah Gazi dari India diikuti
pingat gangsa dirangkul bersama oleh Seyedehyasaman Bagherzadehvaskas
dari Iran dan Farangiz Gupyrova dari Kazakhstan.
Dalam
Kategori Sanda Children Boy’s 52 Kg, pingat emas dibolot oleh Arian
Afraz Malekroodi dari Iran, pingat perak disandang oleh Khac Kien Nguyen
dari Viet Nam diikuti pingat gangsa dimenangi bersama oleh Kaiku
Ningthoujam dari India dan Nurpolat Sharafatdinov dari Kazakhstan.
Manakala
dalam Kategori Sanda Junior Boy’s 52 Kg, pingat emas disambar oleh
Jianzhong Peng dari China, pingat perak disandang oleh Jinoh Choi dari
Korea diikuti pingat gangsa dirangkul bersama oleh Ho Wang Ho dari Hong
Kong dan Ali Zafari dari Iran.
Meraih
pingat emas dalam Kategori Sanda Junior Boy’s 56 Kg ialah Mahdi Akbari
Moghaddam dari Iran, pingat perak disandang oleh Sitepu Vabio Enzo dari
Indonesia diikuti pingat gangsa diraih bersama oleh Manh Cuong Nguyen
dari Viet Nam dan Vinay dari India.
Sementara,
Jiakai Li dari China membolot pingat emas dalam Kategori Sanda Junior
Boy’s 60 Kg, pingat perak dimenangi oleh Lok Hin Ieong dari Macau
diikuti pingat gangsa direbut bersama oleh Younseung Lee dari Korea dan
Brahmana Harry dari Indonesia.
Pada
kejohanan ini, China menduduki tangga yang teratas dengan berjaya
mengumpul 12 pingat emas dalam Acara Wushu Taolu diikuti Macau dengan
tujuh pingat emas, lapan pingat perak dan tiga pingat gangsa diikuti
Malaysia dengan enam pingat emas, sembilan pingat perak dan lima pingat
gangsa.
Sementara,
dalam Acara Wushu Sanda, China menduduki tangga yang teratas dengan
berjaya mengumpul lapan pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat
gangsa diikuti Iran dengan enam pingat emas, satu pingat perak dan empat
pingat gangsa diikuti Vietnam dengan dua pingat emas, dua pingat perak
dan empat pingat gangsa.
Sumber : Pelita Brunei