Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

10.08.2019 | Pemenang Sprint Kreatif terima hadiah

​Minggu Ekonomi Kreatif (Creative Economy Week – CEW) yang berlangsung selama seminggu bermula pada 3 Ogos lepas berakhir dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang Sprint Kreatif (Creative Sprint) bertempat di Ruang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara, di sini.


Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah serta sijil kepada para pemenang ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.


Acara tersebut menyaksikan penyertaan lebih daripada 100 peserta kreatif dari latar belakang Ekonomi Kreatif yang berbeza dari penyertaan 54 individu menyertai sprint berkenaan yang dibahagikan kepada empat kategori Sprint Kreatif iaitu Sprint Reka Bentuk Dalaman, Sprint Reka Bentuk Grafik, Sprint CGI dan Sprint Pengantara Pengguna / Pengalaman Pengguna (UI / UX - User Interface /User Experience (UI/UX) Sprint).


Antara matlamat utama acara ini dianjurkan adalah bagi mengenal pasti dan meletakkan nilai ke dalam kemahiran kreativiti dan kewujudannya dalam industri luar seni.


Selain itu, turut diadakan ialah siri bengkel berkongsi pengalaman serta pertandingan dan forum untuk menggalakkan pembangunan industri kreatif di Brunei di samping menyatukan seniman, usahawan dan profesional dari pelbagai latar belakang untuk mempamerkan bagaimana kreativiti yang boleh memainkan peranan aktif dalam pelbagai bidang kerja bagi seluruh industri lain luar seni.


Minggu Ekonomi Kreatif turut membawa bersama fasilitator tempatan dan serantau termasuk fasilitator dari Republik Singapura dan Republik Indonesia.


Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 8/14/2019 10:18 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 8/14/2019 10:41 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli